29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Buruh Indonesia dipenjara, sebat amang seksual anak kandung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG buruh ladang warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Tawau, Sabah bagi dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.

Memetik laporan Utusan, lelaki berusia 50 tahun itu dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi daerah, Amir Shah Amir Hassan yang bertindak selaku hakim.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meraba bahagian lutut kiri seorang lagi anak perempuannya yang berusia 15 tahun di lokasi sama kira-kira pukul 11 malam pada Januari 2021.

Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta yang sama.

Mengikut Seksyen 14 (a), tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat manakala, Seksyen 16 (1) memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Berdasarkan fakta kes, bapa saudara mangsa selaku pengadu turut mendapati tertuduh dipercayai merogol dan meraba salah seorang mangsa sejak 2016.

Susulan itu, bapa saudara mangsa mendapatkan nasihat Konsulat Republik Indonesia sebelum melaporkan kes berkenaan kepada polis dan tertuduh kemudian ditahan pada 11 Januari lalu.

Tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana dia perlu menyara keluarga dan menyesali perbuatan yang dilakukan sebelum ini.

Hakim menjelaskan kesalahan tertuduh adalah berat dan serius maka, setelah mengambil kira kepentingan awam dan trauma emosi yang dialami mangsa selaku anak kandungnya.

Justeru, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan yang dijalankan secara berasingan. Tertuduh akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan pengusiran selepas selesai menjalani hukuman.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Jhassary Kang. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan