25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Telur: Kerajaan Selangor akan berunding dengan pengeluar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Selangor akan berunding dengan pengeluar telur ayam bagi menurunkan harga sumber protein itu di bawah harga pasaran dan sebagai persediaan bekalan sehingga Aidilfitri Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim berkata, pelbagai kaedah untuk membantu pengeluar telur ayam sedang diusahakan termasuk aspek sewaan tapak dan makanan ternakan dalam memastikan harga telur ayam dapat diturunkan.

“Kita nak pastikan harga telur ayam berada pada tahap betul-betul rendah bawah harga siling yang ditetapkan kini.

“Di Selangor setakat ini, bekalan tidak (berkurangan) sangat tetapi harga (agak tinggi).

“Insya-Allah minggu ini harga telur ayam mengikut gred akan selesai ditetapkan sebelum dipasarkan dalam Program Intervensi Harga Makanan Ehsan bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)”, katanya selepas Majlis Anugerah Ikon Agro Selangor 2021, lapor Bernama.

Dalam pada itu Izham berkata, pihaknya juga mula menambah bekalan ikan dan daging lembu untuk dipasarkan di bawah harga siling di dua outlet PKPS iaitu Pasar Borong Selangor dan Wisma PKPS.

Baca juga:   PRU15: Zahid, Anwar berunding bentuk Kerajaan

Katanya, insentif itu akan diperluas ke seluruh negeri luar daripada outlet PKPS selepas ini.

“Usaha itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat mendapat manfaat harga yang rendah menerusi program tersebut” katanya.

Pada Sabtu lepas, kerajaan Selangor melalui PKPS mula melaksanakan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan, dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8 sekilogram sebagai usaha menangani lonjakan harga barang makanan ketika ini. – Edisi 9

Baca juga:   Pengarah ditahan SPRM buat tuntutan palsu RM2.4 juta

Wartawan

Terkini

2 individu ditangkap gaduh guna rantai besi, parang depan kilang

DUA individu ditangkap polis semalam membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, Kota...

Lagi Artikel Berkaitan