28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Pupuk sikap bertanggungjawab guna internet, media sosial

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KELUARGA Malaysia terus memupuk sikap kebertanggungjawaban terhadap diri sendiri dan orang lain ketika berkomunikasi menggunakan internet serta media sosial, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, masyarakat boleh mengamalkan kaedah komunikasi dengan mengambil kira inklusif dan tanggungjawab di samping meningkatkan keakraban bagi membentuk komuniti digital yang harmoni.

Malah menurut beliau, Keluarga Malaysia perlu memainkan peranan untuk membentuk sahsiah dan kawal kendiri bagi menyemai serta mengukuhkan kesepaduan komuniti dalam ekosistem siber agar ancaman dan jenayah siber dapat ditangani.

“Ketika negara dilanda pandemik COVID-19, kebanyakkan ahli Keluarga Malaysia telah beralih ke arah penggunaan teknologi digital dalam setiap aspek kehidupan mereka.

“Keadaan ini menyebabkan berlakunya transformasi pada pola komunikasi dan sosial, norma baharu.

“Namun, situasi ini telah menyebabkan kebanyakan kita alpa dalam untuk menjaga adab dan etika walaupun dalam dunia siber,” katanya menerusi Facebook sempena Hari Keselamatan Internet 2022 hari ini.

Advertisements

Tambah Perdana Menteri lagi, teknologi digital banyak membantu serta melancarkan aktiviti, namun penyalahgunaan teknologi masih berlaku termasuklah dalam penggunaan Internet dan media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga muncul pelbagai jenis ancaman serta jenayah siber.

Malah menurut beliau, penting bagi mewujudkan persekitaran siber yang positif dan sejahtera.

“Sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 – Edisi Malaysia yang bertemakan K.I.T.A Siber, saya menyeru kepada Keluarga Malaysia supaya terus memupuk sikap kebertanggungjawaban ke atas diri sendiri dan orang lain.

“Selamat Hari Keselamatan Internet 2022. Sentiasa Bijak, Sentiasa Selamat. Bersama-sama ke Arah Kesejahteraan Siber.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan