26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Bekas pengetua maahad tahfiz amang seksual 5 pelajar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS pengetua sebuah Maahad Tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas 15 pertuduhan melakukan amang seksual ke atas lima pelajar lelaki pusat itu, tahun lalu.

Tertuduh, Azizul Yahya, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan itu ke atas lima pelajar berusia 12 hingga 15 tahun di sebuah maahad tahfiz dalam daerah Batu Gajah antara Februari hingga Oktober 2021.

Bagi pertuduhan pertama hingga 14, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memaksa mangsa menghisap, menggosok, memegang kemaluan dan melakukan onani serta mencium bibir mangsa.

Tertuduh turut berdepan satu pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menunjukkan video lucah yang bersifat seksual.

Baca juga:   4.5 juta kenderaan bakal pulang ke ibu negara hari ini

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 14(a), 14(b) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 15(e) akta sama yang peruntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rozman memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana mengambil kira kepentingan awam dan keseriusan kesalahan yang dilakukan. – Edisi 9

Baca juga:   Baru suku pertama, defisit kerajaan sudah melambung



Terkini

Pensyarah UiTM buat gangguan seksual ditamatkan perkhidmatan

SEORANG pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas penuntutnya sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatannya...

Lagi Artikel Berkaitan