24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Puluhan senjata api dicuri dari gerabak kereta api

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PULUHAN senjata api dicuri daripada beberapa kereta api barang yang disamun di Los Angeles, California, kata ketua polis bandar raya itu, Michael Moore.

Memetik laporan AFP, orang awam memecah masuk ke dalam kontena-kontena dan mencuri senjata api, berpuluh-puluh laras senjata api.

“Perkembangan ini memberi kebimbangan kepada kami bahawa senjata tersebut digunakan untuk tujuan keganasan di Los Angeles,” katanya.

Sebuah pasukan agensi berita AFP merakam beribu-ribu kotak kosong dibuang di sepanjang landasan kereta api dekat pusat bandar Los Angeles dengan sejumlah besar daripadanya adalah dari peruncit utama seperti Target dan dihantar melalui syarikat kurier seperti UPS dan FedEx.

Pencuri-pencuri menunggu sehingga kereta api barang yang panjang itu berhenti di landasan dan memecahkan mangga kunci dengan pemotong besi.

Advertisements

Mereka kemudian mencuri bungkusan-bungkusan dengan membiarkan barangan yang sukar untuk dijual.

Senjata api yang dibeli secara online tidak boleh dihantar terus kepada pelanggaan tetapi boleh dihantar kepada pengedar berlesen untuk diambil oleh mereka.

Sejak Disember 2020, pengendali kereta api, Union Pacific yang mana konvoinya menjadi sasaran, menyaksikan peningkatan 160 peratus dalam kecurian di Los Angeles.

“Pada Oktober 2021 sahaja, peningkatan tersebut mencapai 356 peratus berbanding Oktober 2020,” kata Union Pacific kepada pihak berkuasa tempatan.

Syarikat yang mengendalikan laluan sepanjang 450 kilometer di Daerah Los Angeles itu menyatakan, kerugian akibat kecurian barangan yang dibawanya pada 2021 adalah sekitar AS$5 juta (RM21 juta). – Agensi

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan