34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ditambah baik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANTUAN Banjir Keluarga Malaysia akan ditambah baik sebagai usaha Kerajaan membantu Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan memberi geran bernilai RM3,000 melalui TEKUN Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir.

Menurut beliau, peruntukan disediakan adalah sebanyak RM50 juta yang mana bakal memanfaatkan lebih 15,000 perniagaan mikro dan informal.

“Kedua, dana tambahan RM50 juta akan disediakan melalui Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah TEKUN Nasional khusus untuk perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan pinjaman mikro sehingga RM10,000 tanpa faedah di mana tempoh bayar balik adalah sehingga lima tahun dengan moratorium 12 bulan.

“Ketiga, dana sebanyak RM100 juta akan disediakan melalui Program SME Emergency Fund (SMEEF) di bawah SME Corp untuk PKS terjejas, pinjaman sehingga RM100,000 tanpa faedah di mana tempoh bayar balik adalah sehingga lima tahun dengan moratorium 12 bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas perdana menteri lagi, penambahbaikan keempat adalah dalam sektor pertanian, sehingga kini jumlah kerugian yang dilaporkan kesan daripada bencana banjir pada bulan Disember 2021 adalah sebanyak RM91 juta dan jumlah bantuan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM21 juta.

Menurut beliau, Kerajaan meluluskan bantuan tambahan kepada pengusaha Agromakanan yang terjejas banjir melalui suntikan dana sebanyak RM20 juta untuk Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Di bawah TBTP, pesawah yang mengalami kemusnahan tanaman padi akibat banjir bakal menerima bantuan secara tunai sehingga RM1,800 per hektar dengan had maksimum sehingga tiga hektar.

“Bagi pengusaha pertanian lain pula, RM50 juta tambahan akan disediakan di bawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA),” katanya.

Di bawah PPSPA pula menurut beliau, petani, penternak dan peladang yang terjejas akibat kerosakan banjir, layak untuk memohon untuk bantuan sehingga maksimum 50 peratus daripada jumlah kerugian.

“Kadar dan had bantuan adalah mengikut Garis Panduan tabung tersebut dan diberi dalam bentuk barangan atau in-kind iaitu seperti input pertanian atau peralatan.

“Kerajaan akan terus komited dalam usahanya meringankan beban semua golongan yang terjejas akibat banjir seperti PMKS dan Pengusaha Agromakan dengan sentiasa bersedia untuk menyediakan bantuan yang sewajarnya,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan