28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Kerajaan beri subsidi kepada penternak ayam, telur

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak RM0.60 sekilogram (kg) dan telur sebanyak RM0.05 sebiji untuk semua jenis kategori sebagai langkah intervensi bagi mengurangkan beban industri.

Tempoh pemberian subsidi itu mulai 5 Februari 2022 hingga 4 Jun 2022 iaitu sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, subsidi kepada penternak ayam itu mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5.90 (kg) dan harga runcit ayam bulat standard sebanyak RM8.90 (kg).

Menurut beliau, tujuan pemberian subsidi berkenaan adalah untuk meringankan beban penternak susulan peningkatan kos terutamanya kos makanan yang meliputi 70 peratus dari kos pengeluaran selain kos logistik, kos pekerja, kos utiliti dan kos ubat-ubatan.

“Anggaran keseluruhan implikasi kewangan kepada kerajaan bagi melaksanakan pemberian subsidi ayam dan telur di seluruh negara untuk tempoh empat bulan ini adalah sebanyak
RM528.52 juta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MAFI melalui DVS juga akan mengadakan sesi libat urus berterusan dengan pihak industri.

“Ini adalah untuk memastikan industri ayam dan telur terus kekal mampan dan beroperasi dalam skala penuh bagi memastikan pengeluaran ayam dan telur di ladang mencukupi bagi memenuhi keperluan tempatan.

“Justeru, MAFI berharap langkah intervensi kerajaan melalui pemberian subsidi kepada penternak dapat menstabilkan kembali bekalan sekaligus memastikan rakyat dapat membeli ayam dan telur dengan harga yang berpatutan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan