26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 30, 2022

Isu Mara: Tiga lagi individu selesai beri keterangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA lagi individu selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, berhubung siasatan dakwaan salah laku dan integriti membabitkan beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, seramai 10 lagi individu dikenal pasti untuk dipanggil bagi memberi keterangan dalam siasatan kes itu.

“Siasatan dijangka mengambil masa dua minggu bermula minggu ini dan semua individu yang dipanggil ini terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan pegawai kanan Mara.

“Ini untuk kita tahu sama ada pemberian elaun seperti didakwa, mendapat kebenaran ahli lembaga pengarah atau tidak,” katanya lapor Bernama, hari ini.

Hishamuddin berkata, pihaknya mendapat semua dokumen diperlukan semasa serbuan ke atas Ibu Pejabat Mara dan Mara Corporation, serta syarikat setiausaha korporat pada Isnin lalu.

Baca juga:   Kartel daging: Pegawai Maqis Johor lepas 100 kontena

Semalam, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata seramai tujuh individu selesai memberi keterangan bagi siasatan kes itu.

Sabtu lalu, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan Mara, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.

Terkini

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah...

Lagi Artikel Berkaitan