26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

239 calon bertanding di 56 DUN PRN Johor, tiada calon ditolak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menerima 239 calon daripada pelbagai parti politik dan individu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri ini ditutup.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata sejumlah 223 calon adalah daripada 10 parti politik dan 16 calon Bebas layak bertanding pada PRN Johor, 12 Mac ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mempertaruhkan 56 calon manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 42 calon sementara 30 calon lagi daripada Pakatan Harapan (PH).

“Selain itu, seramai 20 calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula layak bertanding dalam PRN Johor diikuti 16 calon Bebas serta tujuh daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

“Seramai enam calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan), empat calon mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing seorang calon,” katanya dalam sidang media di Johor Bahru hari ini, lapor Bernama.

Katanya, daripada jumlah tersebut tiada calon yang ditolak dan tiada yang menang tanpa bertanding.

Abdul Ghani berkata, PRN Johor turut menyaksikan pertandingan tujuh penjuru membabitkan dua DUN, enam penjuru (empat DUN), lima penjuru (lapan DUN), empat penjuru (35 DUN) serta tiga penjuru (tujuh DUN).

Katanya, usia calon tertua yang bertanding ialah 71 tahun dari DUN Bukit Permai (PN) serta calon termuda berusia 26 tahun dari DUN Mengkibol (BN) dan DUN Tangkak (PEJUANG).

“Seramai 202 calon lelaki serta 37 calon wanita akan bertanding,” katanya.

Tempoh berkempen secara rasminya bermula dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 11 Mac ini.

Terdahulu, proses penamaan calon yang bermula jam 9 pagi berlangsung dalam suasana norma baharu di semua 56 PPC tanpa perarakan penyokong parti politik ke pusat penamaan.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan