26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Kanak-kanak di PPS akan diberi sokongan psikologi – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan memastikan mangsa-mangsa banjir khususnya kanak-kanak agar tidak tertekan dengan memberikan sokongan psikologi di semua Pusat Permindahan Sementara (PPS).

Itu janji dan jaminan yang diutarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan ringkas beliau di Twitter hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri meninjau keadaan banjir di daerah Segamat serta melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Tandong di Buloh Kasap, di Segamat.

Dalam lawatannya, beliau telah tersentuh hati apabila seorang kanak-kanak lelaki yang berada di PPS berkenaan menghampirinya dan menghulurkan origami berbentuk hati kepadanya.

“Saya tersentuh apabila adik Affis Danial Alham menghampiri dan menghulurkan origami berbentuk love kepada saya.

“Anak berusia lapan tahun ini adalah sebahagian daripada 117 mangsa yang kini menghuni PPS Balai Raya Kampung Tandong,” katanya.

Mengulas mengenai penangguhan perjalanan ibadah umrah yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkuatkuasa Sabtu ini, Perdana Menteri berkata, ini adalah demi keselamatan rakyat.

Advertisements

Bagaimanapun, katanya, laporan terperinci mengenai menangguhkan perjalanan itu akan dibentangkan kementerian berkenaan esok.

“Kementerian Kesihatan akan bentang isu Covid-19 terutama berkaitan varian Omicron dan sebagainya termasuk cadangan atau keputusan yang dibuat mengenai umrah.

“Esok kita akan dapatkan gambaran sebenar cuma saya nak maklumkan tindakan Kementerian Kesihatan lebih kepada nak jaga nyawa kita. Apa-apa pun esoklah dapat laporan terperinci,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan penangguhan perjalanan ibadah umrah sebagai langkah pencegahan penularan dan memperlahankan berlakunya gelombang varian Omicron.

Menurut Perdana Menteri, antara perincian lain yang akan dikongsikan dalam mesyuarat esok adalah mengenai pasca banjir dan persediaan mengatasi gelombang kedua bencana itu sekiranya ia berlaku.

“Semalam saya ada mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa mengenai pasca banjir dan gelombang kedua yang dihadiri semua Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Kita akan bentangkan kepada Kabinet mengenai keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas jawatankuasa tersebut yang turut dihadiri Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan