32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Ayob Khan mulakan tugas di JSJN Bukit Aman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay memulakan tugasnya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman setelah menjawat jawatan Ketua Polis Johor sejak Mac 2020.

Majlis serah terima tugas itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Acryl Sani yakin dengan pengalaman luas yang dimiliki, Ayob Khan mampu memikul amanah yang diberikan dengan cemerlang di jabatan tersebut.

“Saya yakin, dengan berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, Ayob Khan mampu memikul amanah yang diberikan ini dengan cemerlang sekali gus dapat memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan PDRM dalam mengharungi apa jua cabaran yang mendatang,” katanya dalam kenyataan.

Pada majlis itu, turut berlangsung majlis penyerahan jawatan Pengerusi Persatuan Kebajikan Polis (PERKEP) JSJN oleh Datin Zainah Othman kepada Datin Zalena Mohd Ariffin.

Acryl Sani Abdullah Sani memakaikan pangkat Pengarah JSJN Bukit Aman kepada Ayob Khan Mydin Pitchay dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah JSJN di Kuala Lumpur hari ini, – Ihsan PDRM

Turut menyaksikan majlis tersebut, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa selaku Pengerusi PERKEP Malaysia.

“Saya dan seluruh warga PDRM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ayob Khan atas pelantikan sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman serta SAC Datin Zalena Mohd Ariffin sebagai Pengerusi Perkep JSJN yang baharu,” kata Ketua Polis Negara.

Advertisements

Sebelum ini, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Ruslan Khalid dalam satu kenyataan berkata, tempat beliau di Johor akan diisi oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Manakala Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Wan Hassan Wan Ahmad pula mengambil alih jawatan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat CP.

Ruslan berkata, pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkuat kuasa 25 Januari 2022.

Ayob Khan pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman sebelum ditugaskan ke Johor pada Mac 2020.

Beliau pernah mendapat pujian bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kerana ketegasannya ketika menjalankan tugas menjaga keamanan negara.

Sementara itu, bersempena majlis tersebut, seramai 50 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

Anugerah tersebut sebagai menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian mereka kepada negara semasa era darurat serta insurgensi komunis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan