26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Peruntukan segera RM5 juta bina ban baharu di Segamat

Mesti Baca

KERAJAAN hari ini meluluskan peruntukan segera sebanyak RM5 juta bagi membina ban baharu di daerah Segamat, Johor yang terjejas teruk akibat banjir Monsun Timur Laut, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, pembinaan ban baharu itu perlu segera dilaksanakan bagi mengelak kejadian banjir berulang pada masa depan.

Ismail Sabri yang membuat tinjauan banjir di daerah itu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga diminta menyediakan pelan jangka panjang untuk mengelakkan banjir di Segamat.

“Saya telah diberi taklimat oleh JPS yang memerlukan peruntukan untuk membina ban baharu bagi mengelakkan banjir di masa depan.

“Keperluannya adalah segera. Peruntukan sebanyak RM5 juta telah diluluskan untuk membina ban baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap, Segamat hari ini.

Advertisements

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Seramai 117 mangsa banjir daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS tersebut sejak Ahad lalu.

Beliau berkata, Segamat merupakan daerah yang paling teruk dilanda banjir di negeri ini dengan 52 PPS telah dibuka bagi menempatkan 4,016 mangsa daripada 1,093 keluarga.

Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan wang tunai sebanyak RM1,500 kepada 26 ketua isi rumah (KIR) yang terlibat, meliputi Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 manakala RM500 lagi daripada kerajaan negeri Johor.

“BWI harus disalurkan segera, kalau boleh sebelum mangsa pulang ke rumah masing-masing,” kata Ismail Sabri.

Selain Segamat, Perdana Menteri turut meninjau keadaan banjir di daerah Tangkak dan melawat PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan