27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM masuk Fakulti Undang-undang UM berdasarkan merit

Komen Andrew Peris jelas untuk mencemar dan memburukkan imej Perdana Menteri dan mencalar reputasi Fakulti Undang-Undang UM

Mesti Baca

KEJAYAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya (UM) adalah berdasarkan merit.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut beliau, ketika Ismail Sabri diterima masuk pada tahun 1980, Dekan Fakulti Undang-undang ketika itu adalah Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim.

Katanya, Allahyarham merupakan seorang yang terkenal dengan sifat integriti yang amat tinggi dan sukar untuk sesiapa diterima masuk tanpa memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh fakulti.

“Perdana Menteri juga telah membuktikan beliau wajar mendapat biasiswa semasa pengajiannya di Universiti Malaya apabila beliau berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan seterusnya diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara,” katanya hari ini.

Shahrizat mengulas kenyataan seorang pengguna Facebook, Andrew Peris yang mempertikaikan kelayakan pendidikan dan integriti Perdana Menteri sewaktu mengikuti pengajian Ijazah Perundangan (LLB) di UM.

Gambar kenangan bersama Ungku Aziz yang dikongsi oleh Shahrizat menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, komen pengguna tersebut jelas sebagai satu tindakan untuk mencemar dan memburukkan imej Perdana Menteri dan seterusnya mencalar reputasi Fakulti Undang-Undang UM.

Advertisements

Menjelaskan lebih lanjut, Shahrizat berkata, Fakulti Undang-undang UM ditubuhkan pada 1972 ketika Allahyarham Prof Diraja Ungku Aziz sebagai Naib Canselor universiti itu.

“Allahyarham adalah seorang tokoh perundangan tersohor bukan hanya di Malaysia malah di Singapura dan di rantau Asia.

“Beliau amat disegani atas sifat integriti dan kebijaksanaannya yang mendahului masa ketika itu.

“Selaku Dekan pertama, standard yang beliau tetapkan untuk fakulti mahupun para pelajar yang diterima masuk adalah amat tinggi dan tanpa kompromi terutama pencapaian akademik pelajar-pelajar,” katanya.

Fakulti Undang-undang UM, tambah Shahrizat, merupakan yang pertama dan terulung di negara ini dan telah melahirkan ramai tokoh terkemuka dalam bidang perundangan, politik dan korporat.

Shahrizat yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, walaupun Perdana Menteri dibesarkan dalam keluarga yang sederhana tetapi beliau telah mengatasi cabaran dengan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Malah beliau berjaya melakar sejarah sebagai graduan pertama dari Fakulti Undang-undang UM yang dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan