26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

76 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah positif COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKIBAT ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seramai 76 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil disahkan positif COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, berikutan itu, kolej tersebut telah diarahkan tutup serta-merta selama tujuh hari bermula Jumaat lalu bagi mengawal penularan jangkitan.

“Satu ujian saringan telah dilakukan terhadap 176 pelajar vokasional terbabit dan sehingga semalam, 76 daripadanya dikesan positif COVID-19, manakala tiga lagi menunggu keputusan.

“Saringan ini dibuat sebaik sahaja indeks kes membabitkan seorang pelajar perempuan dikesan pada 14 Januari lalu,” katanya, lapor Utusan Online.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penilaian risiko mendapati, kemungkinan besar penularan berlaku disebabkan ketidakpatuhan SOP di tempat berisiko seperti surau dan bilik asrama.

Advertisements

“Indeks kes telah kembali ke kolej tersebut pada 9 Januari sebelum mula bergejala tiga hari kemudian.

“Kita percaya penularan kes berlaku kerana kegagalan mematuhi SOP dengan pelajar yang bergejala masih hadir ke kelas, sebelum menjangkiti rakan-rakan yang lain,” katanya.

Tambahnya, 71 kes positif adalah membabitkan 66 pelajar lelaki, manakala selebihnya merupakan perempuan.

Muhamad Akmal berkata, kes tersebut turut diisytiharkan sebagai Kluster Jalan Tun Telani oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan