29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM bagi jaminan tiada sekatan pulang beraya tahun ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memberi jaminan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, negeri, mahupun daerah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut memberikan jaminan, tiada lagi sekatan untuk rakyat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri meskipun terdapat peningkatan daripada sudut jumlah kes sejak semalam.

“Kita sudah tidak akan melaksanakan PKP seluruh negara, negeri mahupun daerah, melainkan kawasan-kawasan tertentu sahaja yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Tiada lagi sekatan ekonomi akan dilaksanakan dan sektor-sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa kecuali kawasan yang dikenakan PKPD,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di Pahang, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri mengingatkan rakyat agar tidak lagi merasa bimbang sekiranya mereka tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, tahun ini.

“Jangan bimbang dengan spekulasi yang disebarkan kerana saya memberi jaminan, tiada lagi sekatan sama ada dari segi sektor ekonomi mahupun pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.

Beliau dalam pada itu melahirkan rasa bimbang dengan peningkatan jumlah kes semalam yang mencecah angka 4,115.

“Kita tidak boleh rasa selesa dengan angka kes sekarang dan seharusnya perkara ini perlu dibendung.

“Kita tidak mahu negara kita mencapaikan angka seperti negara Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Perancis. Perlu turun dari segi angka supaya kita dapat isytiharkan endemik apabila jumlah jangkitan di bawah 1,000,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan