33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

PRN Johor: Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Bersatu negeri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor bakal mengadakan mesyuarat untuk membincangkan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, mesyuarat berkenaan bakal dipengerusikan Presiden Bersatu yang juga merupakan Pengerusi Bersatu Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, pihaknya sentiasa memantau dengan rapat perkembangan situasi semasa politik di negeri Johor.

“Mesyuarat ini akan membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuklah persiapan dan persediaan jentera bagi menghadapi PRN Johor yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Selain itu, pertemuan dan perbincangan bersama Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selaku komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Johor juga akan diadakan bagi tujuan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau lagi, Bersatu Johor komited untuk meletakkan soal kemaslahatan negeri dan rakyat sebagai keutamaan sekali gus memberi khidmat demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Johor.

Semalam, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Sebelum pembubaran DUN Johor, Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 DUN berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli DUN (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

-EDISI9

Terkini

Rancang pembangunan saksama di semua negeri – Sultan Ibrahim

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan yang saksama diberikan kepada semua bandar di...

Lagi Artikel Berkaitan