24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Agong jalani rawatan susulan di IJN – Istana Negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah dijangka menjalani rawatan selama beberapa hari bermula semalam.

“Pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan ini berhubung dengan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang dijalani oleh Yang di-Pertuan Agong pada September 2020.

“Rawatan susulan itu tertangguh dari 24 September 2020 ekoran daripada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di hospital-hospital awam termasuk IJN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 24 September 2020 itu, Seri Paduka menjalani rawatan intervensi tersebut setelah pengimejan MRI menunjukkan kecederaan pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah ketika bersukan.

Advertisements

Mengulas lanjut, Ahmad Fadil memaklumkan, Al-Sultan Abdullah juga berkenan untuk menjalani pemeriksaan respiratori di IJN.

“Kesihatan Seri Paduka secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

“Seri Paduka dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan itu.

“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan