33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Covid-19: Kes menurun bawah 4,000, namun nilai Rt melonjak naik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES harian COVID-19 menurun ke paras bawah 4,000 kes hari ini, namun, sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) melebihi 1.0 dengan Negeri Sembilan tertinggi sebanyak 1.13.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 3,856 kes direkodkan menjadikan kes kumulatif sebanyak yang direkodkan di negara ini sebanyak 2,832,945 kes.

Menurutnya, daripada kes harian baharu yang dilaporkan itu 35 kes iaitu bersamaan 0.9 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,821 kes iaitu bersamaan 99.1 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Bilangan kes sembuh pula adalah sebanyak 2,814 kes. Sebanyak 143 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) 143 kes dan sebanyak 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 13 kluster baharu direkodkan dengan jumlah terkini kluster yang masih aktif adalah sebanyak 235 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rt COVID-19 di negara ini terus melonjak hingga mencecah 1.07, semalam, selepas meningkat melepasi 1.00 sehari sebelumnya.

Menurut beliau, empat negeri dan Wilayah Persekutuan pula mencatat Rt melebihi kadar kebangsaan yang didahului Negeri Sembilan dengan 1.13, diikuti Kuala Lumpur (1.09), Kedah (1.09) dan Melaka (1.08), manakala Johor (1.07), Putrajaya (1.04), Selangor (1.03) serta Pulau Pinang (1.03).

Negeri merekodkan Rt 1.00 dan ke bawah ialah Sabah (1.00), Kelantan (0.99), Pahang (0.97), Perak (0.97), Terengganu (0.79), Perlis (17 kes), Sarawak (14 kes) dan Labuan (lima kes).

-EDISI9

Terkini

Rancang pembangunan saksama di semua negeri – Sultan Ibrahim

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan yang saksama diberikan kepada semua bandar di...

Lagi Artikel Berkaitan