32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PM anggap kemelut Zii Jia, Jin Wei dengan BAM selesai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob menganggap kemelut yang berlaku antara pemain no. 1 negara, Lee Zii Jia dan bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selesai.

Ia berikutan perbincangan yang diadakan di antara kedua-dua pemain tersebut serta pengurusan BM diketuai Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria di pejabatnya di Putra Perdana hari ini.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mendedahkan ‘penyelesaian’ yang dicapai antara pengurusan BAM dan para pemain terbabit.

“Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai. Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” kata Perdana Menteri menerusi Facebooknya hari ini.

Jumaat lalu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Juara Seluruh England 2021 itu menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu susulan keputusannya untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional.

Selain Zii Jia, turut dikenakan ‘halangan’ adalah bekas juara remaja dunia dua kali, Jin Wei yang mahu kembali daripada persaraannya.

BAM kemudiannya, seperti dilapor Harian Metro, memberikan tawaran gaji sebanyak RM1 juta setahun kepada Zii Jia dalam usaha memujuknya untuk tidak meninggalkan badan induk itu.

Tawaran balas berkenaan dibuat ketika sesi rundingan bersama pemain berusia 23 tahun itu selepas dia menghantar surat peletakan jawatannya pada 11 Januari lalu bagi bergerak secara profesional.

Sebelum ini BAM dikecam pelbagai pihak termasuk kalangan pemain badminton antarabangsa kerana dikatakan ‘menghukum’ Zii Jia setelah pemain itu meninggalkan badan itu.

Susulan itu, beberapa negara telah cuba ‘memancing’ jaguh bikinan BAM itu untuk beraksi dengan pasukan mereka, antaranya Singapura. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan