34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Kes positif COVID-19 kembali lepasi angka 5,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu COVID-19 kembali mencatatkan jumlah melepasi angka 5,000 dengan merekodkan 5,439 kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 2,850,408 kes.

“KKM turut melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,930 orang, daripada 2.82 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, hanya 47 kes bersamaan 0.9 peratus daripada 5,439 kes positif COVID-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Sebanyak 5,392 kes bersamaan 99.1 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit penurunan iaitu 70 kes berbanding semalam, 72 kes. Pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan penurunan, 124 kes berbanding semalam, 129 kes,”katanya.

Menurutnya lagi, Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 22 kluster baharu berbanding semalam, 21 kluster.

Katanya, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,371 kluster.- Edisi 9 

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan