25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Lelaki ancam, provok penguatkuasa MPKS dah kena cekup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang tular berhubung tindakannya melakukan ancaman dan mengeluarkan kata-kata provokatif terhadap seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah berjaya ditangkap polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, sebaik menerima laporan polis semalam, pihaknya telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 30 tahun di perkarangan pam minyak, Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurutnya, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada anggota penguatkuasa berkenaan pada pukul 9.49 pagi semalam berhubung kejadian berkenaan.

“Rakaman video juga telah tular di media sosial sejak semalam di mana membabitkan kejadian seorang penguatkuasa MPKS telah menjalankan tugas menyaman kenderaan yang menyalahi undang-undang di dalam kawasan tugasan iaitu di Jalan Bidara 6/, Saujana Utama.

Baca juga:   Fenomena filem 'Mat Kilau': Ramai mula mahu belajar silat

“Lelaki berkenaan telah ditangkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, MPKS dalam kenyataannya menyatakan kejadian berlaku 4 Januari lalu, ketika anggota penguatkuasa tersebut sedang menjalankan tugas pemantauan kupon parkir di Saujana Utama, Kuala Selangor.

Menurut kenyataan berkenaan, penguatkuasa itu kemudian didatangi oleh seorang lelaki yang marah-marah dengan mengeluarkan kata-kata berbaur provokasi dan ancaman kerana mengenakan kompaun terhadapnya atas kesalahan meletakkan motosikalnya di petak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).

Baca juga:   Agong dirawat di IJN, mengadu kurang selesa dengan kesihatan

MPKS turut merakamkan ucapan terima kasih dan syabas terhadap anggota penguatkuasa tersebut yang telah menjalankan tugasnya secara profesional dan tidak ambil peduli dengan provokasi yang diterimanya semasa menjalankan tugas.

“Pihak majlis turut mengharapkan agar kejadian ini dijadikan sebagai iktibar dan jika mana-mana pihak yang dikenakan kompaun parkir tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, mereka boleh membuat aduan secara terus kepada MPKS,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan