27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Penguatkuasa MPKS lapor polis terima ancaman, provokasi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang melakukan ancaman dan mengeluarkan kata-kata provokatif terhadapnya.

Kejadian berlaku semalam, ketika anggota penguatkuasa tersebut sedang menjalankan tugas pemantauan kupon parkir di Saujana Utama, Kuala Selangor.

MPKS dalam kenyataannya berkata, penguatkuasa itu kemudian didatangi oleh seorang lelaki yang marah-marah dengan mengeluarkan kata-kata berbaur provokasi dan ancaman kerana mengenakan kompaun terhadapnya atas kesalahan meletakkan motosikalnya di petak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kejadian yang berlaku pada 4 Januari (semalam), jam 9.45 pagi dan sewaktu kejadian anggota penguatkuasa tersebut sedang menjalankan tugas pemantauan kupon parkir di Jalan Bidara 6/2, Saujana Utama.

“Secara tiba-tiba, individu tersebut telah menghampiri anggota penguatkuasa dan mengeluarkan kata-kata kesat dan ancaman kerana tidak berpuas hati dikenakan kompaun atas kesalahan meletakkan motosikal di petak parkir OKU,” katanya hari ini.

Advertisements

Video kejadian itu tular menerusi media sosial hari ini.

MPKS berkata, anggota tersebut telah membuat satu laporan terhadap individu terbabit di Balai Polis Saujana Utama berikutan kejadian ugutan dan menghalang tugas penjawat awam.

MPKS turut merakamkan ucapan terima kasih dan syabas terhadap anggota penguatkuasa tersebut yang telah menjalankan tugasnya secara profesional dan tidak ambil peduli dengan provokasi yang diterimanya semasa menjalankan tugas.

“Pihak majlis turut mengharapkan agar kejadian ini dijadikan sebagai iktibar dan jika mana-mana pihak yang dikenakan kompaun parkir tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, mereka boleh membuat aduan secara terus kepada MPKS,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan