27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 4, 2023

Sebar luas maklumat bantuan secara sistematik elak tercicir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu maklumat berkenaan pemberian bantuan yang disediakan kerajaan Persekutuan dapat disebarluaskan dengan lebih sistematik kepada golongan sasar agar tiada penerima yang tercicir.

Ini kerana, menurut bekas Perdana Menteri, beliau dimaklumkan tidak semua mangsa banjir mengetahui tentang bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan.

“Saya juga berharap agensi-agensi terlibat dapat memudahkan birokrasi agar bantuan dapat dipercepatkan kepada mereka yang terkesan dengan banjir,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turun padang meninjau keadaan banjir di kawasan Parlimen tersebut meliputi Bukit Gambir dan Bukit Kepong.

Beliau turut meninjau pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) Felda Maokil, Bukit Kepong, Kampung Jawa, Lenga dan Sekolah Kebangsaan Lenga sebelum singgah ke Galeri Darurat Bukit Kepong.

Muhyiddin Yassin bertanya khabar kepada mangsa banjir ketika meninjau keadaan banjir di kawasan Parlimen Pagoh, Johor hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpuas hati terhadap kebajikan, bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut.

Baca juga:   Banjir: Mangsa banjir Johor meningkat, Pahang kekal, Melaka rekod penurunan

“Alhamdulillah, kemudahan kesihatan turut disediakan. Penduduk berkongsi bahawa tindakan pantas pasukan keselamatan dan agensi terlibat memindahkan mereka ke PPS sejurus kawasan kediaman dinaiki air menghindarkan mereka dari bahaya bencana tersebut.

“Terima kasih saya ucapkan atas kecekapan dan kesiapsiagaan jabatan, agensi kerajaan serta NGO yang terlibat dalam pemindahan penduduk.

“Terima kasih sekali lagi buat frontliners, para sukarelawan, orang perseorangan serta semua pihak yang terus istiqamah membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan ini,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   65 pelajar Seri Puteri positif COVID-19 ditempatkan di MAEPS

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan