24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

3,195 kes sembuh, 4 lagi kluster baharu hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan 3,195 kes sembuh daripada jangkitan virus COVID-19 sekaligus menjadikan kumulatif sebanyak 2,701,808 kes pulih iaitu 97.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak empat kluster baharu pula dikesan pada hari ini.

“Dengan pertambahan kluster tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan 5,948 kluster dengan 195 kluster masih aktif.

“Nilai kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di seluruh negara masih berada di bawah paras 1.0 iaitu 0.99,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 252 daripada 3,270 kes baharu positif COVID-19 hari ini adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sejumlah 222 kes membabitkan warganegara, manakala 30 lagi bukan warganegara.

“Baki 3,018 kes pula adalah penularan tempatan yang menjangkiti 2,916 warganegara dan 102 bukan warganegara.

Advertisements

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, sebanyak 97.9 peratus atau 3,201 kes terdiri daripada pesakit kategori satu dan dua, manakala selebihnya iaitu 2.1 peratus atau 69 kes kategori tiga hingga lima.

“Pertambahan kes baharu itu juga menjadikan keseluruhan 2,773,156 kes COVID-19 di negara setakat ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 257 kes membabitkan 197 kes disahkan COVID-19, manakala 60 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Katanya, kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 137 kes membabitkan 89 kes disahkan COVID-19 dan 48 kes disyaki, kemungkinan serta dalam siasatan.

Menurutnya, Sabah merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.01 diikuti Kelantan (1.00), Kedah (0.99) dan Johor (0.98).

Katanya, Sarawak pula mencatatkan nilai Rt terendah iaitu 0.78.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan