27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Cubaan seleweng diesel bersubsidi digagalkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menggagalkan cubaan menyeleweng 2,800 liter minyak diesel bersubsidi bernilai lebih RM6,500 di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Tengah, semalam.

Operasi serbuan yang disertai lima pengawai penguatkuasa itu telah dijalankan kira-kira pukul 6.30 pagi.

Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, pihaknya sebelum ini menerima aduan orang awam berhubung kegiatan berkenaan selain hasil risikan yang dilakukan selama sebulan.

Beliau berkata, ketika serbuan, minyak diesel bersubsidi sedang diisi ke dalam sebuah lori tangki di stesen tersebut.

“Hasil pemeriksaan melalui resit belian mendapati lori berkenaan telah membuat pengisian minyak diesel bersubsidi sebanyak RM6,582.85.

“Pegawai penguatkuasa kemudiannya telah menahan dua warga tempatan, menyita 2,800 liter minyak diesel, sebuah lori serta dua telefon bimbit bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu KPDNHEP Pulau Pinang menerus Facebooknya berkata, stesen minyak berkenaan telah melanggar syarat lesen kerana menjual minyak diesel kepada pembeli yang tidak mempunyai surat kuasa atau permit sah.

Katanya, kedua-duanya telah diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala nilai rampasan dan sitaan hampir mencecah RM52,520. -Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan