28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Rapid Penang sedia bas dua tingkat bermula 1 Februari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAPID Penang bakal memulakan perkhidmatan bas dua tingkat bermula 1 Februari ini selaras dengan imej baharu sistem pengangkutan di Pulau Pinang.

Menurut Jurucakap Rapid Bus Sdn Bhd, pengoperasian bas dua tingkat akan dilaksana di laluan 301 dari Terminal Bas Weld Quay ke Relau.

“Sementaran laluan 302 dari Terminal Bas Weld Quay ke Batu Maung berikutan kedua-dua laluan mempunyai permintaan serta kapasiti penumpang yang tinggi.

“Pengoperasian bas dua tingkat ini mampu membawa 108 penumpang pada satu-satu masa.

“Malah bas yang berkonsepkan akses universal ini juga dilihat mampu menangani permintaan dan kapasiti penumpang tinggi di sesetengah kawasan,”katanya, lapor Bernama.

Kenyataan itu menyebut inisiatif tersebut dijangka mampu meningkatkan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang.

“Para penumpang juga boleh menggunakan aplikasi PULSE yang dibangunkan oleh Prasarana yang dapat dimuat turun daripada Google Play dan App Store.

“Kemudahan iti dapat membantu pengguna mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Rapid Bus untuk membantu mereka merancang perjalanan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan