29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Video tular Jalan Gerik-Jeli rakaman lama – JKR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

VIDEO tular yang menggambarkan keadaan Jalan Gerik-Jeli di Hulu Perak yang dikatakan rosak, berbahaya dan tidak mempunyai garisan jalan adalah merupakan rakaman lama.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Perak berkata, berdasar video tersebut ia dipercayai dirakam di laluan FT004 seksyen 126 hingga 128.5 Lebuh Raya Timur-Barat itu yang telah pun dibaik pulih sejak 2020 yang lalu.

“Bagaimanapun, video berkenaan dipercayai video lama kerana lokasi yang dimaksudkan telah dilaksanakan pembaikan bagi kerja berkala pavemen pada tahun 2020 secara localised.

“Manakala kerja garisan jalan telah dibuat sepanjang lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, JKR Negeri Perak berkata, projek baik pulih laluan tersebut diluluskan pada 2020 melibatkan pembaikan kerosakan jalan dan mengecat semula garisan membabitkan kos sebanyak RM1.4 juta.

Katanya, bagi tahun ini peruntukan sebanyak RM5.257 juta diluluskan untuk penyelenggaran laluan berkenaan, termasuk RM107,000 bagi pembaikan jambatan.

Semalam, paparan video yang berdurasi 2.25 minit tular selepas dimuatkan dalam Facebook Berita Semasa Tempatan Malaysia sehingga mengundang pelbagai persepsi daripada netizen.

Video berkenaan menggambarkan keadaan Jalan Gerik-Jeli yang teruk, tanpa mempunyai garisan jalan sehingga boleh mendatangkan kebimbangan bagi pengguna jalan raya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan