33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

KKM tidak pernah perakui produk ganti ubat rawat diabetes

Gambar yang dimuat naik dalam Facebook World Health adalah gambar yang sudah diubah suai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin bagi merawat penyakit diabetes serta mengawal gula dalam darah.

KKM berkata, gambar-gambar yang diterbitkan oleh Facebook ‘World Health’ baru-baru ini merupakan gambar yang telah diubah suai daripada gambar asal semasa pelancaran Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2019.

Katanyaa, selain itu Facebook itu juga turut memuatkan gambar-gambar yang diubah suai daripada pelancaran kempen terhadap penyakit jantung dan diabetes oleh Malaysian Diabetes Educators Society (MDES) dan Malaysian Endocrine & Metabolic Society (MEMS).

“KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyatan yang tidak diketahui kesahihannya,” kata KKM menerusi Facebooknya hari ini.

Pada 11 Januari lalu, Facebook Page “World health” telah memuat naik gambar tiga individu penting terdiri daripada Datuk Sri Dr Adham Baba (ketika itu Menteri Kesihatan), Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Gambar asal ketiga-tiganya memegang laporan NHMS 2019 dan telah diubah suai seolah-olah memegang produk teh yang didakwa boleh merawat diabetis.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan