34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kes harian bawah paras 5,000, dua negeri catat nilai Rt 1.20

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES harian Covid-19 kembali menurun apabila sebanyak 4,915 kes baharu direkodkan hari ini berbanding tiga hari berturut-turut sebelumnya melebihi 5,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan nilai kumulatif kes yang direkodkan sehingga kini adalah sebanyak 2,865,984 kes.

Menurutnya, sebanyak 3,056 kes sembuh direkodkan serta majoriti kes baharu hari ini iaitu sebanyak 99.2 peratus bersamaan 4,876 adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Selebihnya iaitu 0.8 peratus bersamaan 39 kes adalah kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 120 kes dan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Advertisements

Ujar Noor Hisham lagi, sebanyak 6,413 kluster telah direkodkan sejak tercetusnya pandemik Covid-19 dengan 301 kluster masih aktif.

Menurutnya, terdapat 14 kluster baharu direkodkan buat hari ini.

Dalam perkembangan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara, berlaku peningkatan kepada 1.14 semalam di mana Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.20.

Bahkan, menurut data yang dikongsikan hanya dua negeri yang mencatatkan nilai Rt bawah 1.0 iaitu Terengganu dan Labuan, selebihnya melebihi paras berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan