29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tindakan Mazlan, Izhar tinggalkan parti tidak bermaruah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA-KETUA Penerangan Bersatu di bahagian utara negeri Johor hari ini mengutuk tindakan tidak bermaruah dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang bertidak meninggalkan parti ketika DUN Johor dibubarkan.

Bagaimanapun, mereka menganggap tindakan dua wakil rakyat itu sudah dijangka dan tidak akan menjejaskan perpaduan Bersatu Johor dan ukhuwah Perikatan Nasional (PN).

Pada masa yang sama, mereka yang mewakili Bersatu dari 10 bahagian itu turut membuat ketetapan bersama menyokong penuh resolusi Muzakarah Bersatu-Pas yang berakhir semalam untuk menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atas nama PN.

“… mengutuk tindakan tidak bermaruah dua orang mantan ADUN Bersatu yang keluar parti selepas DUN Johor dibubarkan,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

10 bahagian itu ialah Bersatu Pagoh, Ledang, Labis, Muar, Bakri, Batu Pahat, Sembrong, Segamat, Sri Gading dan Air Hitam.

Sebelum ini, bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan bekas ADUN Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keluar Bersatu serta-merta pada Rabu dan Sabtu lalu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka yang masing-masing merupakan Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya serta Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor turut memberitahu tidak meyakini hala tuju parti berkenaan.

Pada 22 Januari lalu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan UMNO Johor mengambil tindakan bersendirian membubarkan DUN Johor tanpa berbincang dengan pemegang taruh kerajaan negeri lain bagi mengadakan PRN.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini bagi menetapkan tarikh-tarikh penting termasuk hari pengundian susulan pembubaran DUN Johor.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan