30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 18, 2025

Dua produk Mi Sedaap ada racun tiada di Malaysia – KKM

Etilena oksida merupakan racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan kepada Peraturan Makanan 1985.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa dua produk jenama Mi Sedaap keluaran Indonesia yang diharamkan di Singapura semalam ada diimport negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, tiada kemasukan produk itu dengan tarikh luput masing-masing pada 21 Mei 2023 dan 17 Mac 2023 direkodkan.

“Melalui semakan pihak kementerian ke atas data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia mengesahkan bahawa mi goreng dan mi sup pedas Korea itu diimport negara ini.

“Namun, tiada direkodkan kemasukan produk terlibat dengan tarikh luput seperti dinyatakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar Dr. Noor Hisham berkata, KKM mengambil maklum laporan media mengenai residu kimia dikesan dalam dua produk Mi Sedaap dengan tarikh luput dinyatakan.

Menurutnya, etilena oksida merupakan racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan kepada Peraturan Makanan 1985.

Advertisements

“Ia merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi tugas fumigasi atau pewasapan untuk basmi makhluk perosak seperti serangga.

“Susulan itu, KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran serta mengenakan tindakan Tahan, Uji, Lepas atau TUL di semua pintu masuk negara ini,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, pengguna juga boleh menyalurkan kemusykilan melalui laman http://moh.spab.gov.my atau akaun sosial rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Terdahulu, produk keluaran Indonesia itu dilaporkan ditarik balik daripada memasuki pasaran Singapura.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata, racun perosak tersebut yang ditemui dalam mi itu turut dikesan dalam produk ais krim Haagen Dazs yang sudah ditarik balik dalam pasaran negara berkenaan pada Ogos lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kepimpinan, pengalaman Siti Fadilah mampu perkasa IRM

KEPIMPINAN dan pengalaman yang dimiliki oleh Siti Fadilah Mohd Hood diyakini mampu memperkasa Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mencapai...

Lagi Artikel Berkaitan