31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

SPRM nafi pegawainya lakukan intimidasi terhadap Maszlee

Suruhanjaya itu sudah menerima dua aduan berkaitan bekas Menteri Pendidikan tersebut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kononnya pegawainya melakukan intimidasi (gertak) seperti yang didakwa Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Sebaliknya, menurut SPRM, suruhanjaya itu sudah menerima dua aduan terhadap bekas Menteri Pendidikan tersebut dan siasatan mengenai perkara itu sedang dijalankan.

SPRM menegaskan, proses siasatan perlu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-undang.

“Setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menemu bual beberapa saksi yang berkaitan.

“SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM berkata, siasatan yang dijalankan akan berteraskan prinsip ketelusan, keadilan dan profesionalisme serta berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan.

Advertisements

“SPRM berharap supaya pihak yang terbabit memberikan kerjasama penuh dan berhenti mensensasikan proses siasatan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Maszlee menyifatkan siasatan SPRM terhadapnya dan beberapa pegawai beliau di Parlimen Simpang Renggam sebagai satu bentuk intimidasi.

Katanya, beliau difahamkan bahawa SPRM turut menyoal siasat beberapa pegawai di Kementerian Pendidikan yang didakwanya sebagai usaha untuk mencari kesalahan terhadapnya.

“Saya perlu bawa kepada perhatian umum dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa saya sedang diintimidasi oleh pegawai SPRM di Simpang Renggam. Untuk apakah ini?” katanya seperti dilapor media.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan