31.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 25, 2024

Remaja lelaki 15 tahun antara 335 ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN berani seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menunggang motosikal ibunya secara bersendirian bagi merentasi Jambatan Pulau Pinang tidak berjaya apabila ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Tahun Baharu Cina 2022 di Seberang Perai di sini semalam.

Remaja terbabit antara 335 penunggang motosikal yang dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa terbabit.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, pada operasi itu, pihaknya mengeluarkan 369 notis saman bagi pelbagai kesalahan daripada 538 buah motosikal yang diperiksa di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Juru.

Katanya, sebanyak 296 notis adalah membabitkan kesalahan teknikal antaranya nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi dan pengubahsuaian motosikal.

Advertisements

“Kita turut mengesan dua motosikal yang mana pemiliknya disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu, tidak mempunyai lesen dan cukai jalan serta insurans kenderaan tamat tempoh.

“Salah seorang daripadanya mengakui menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk lari daripada pihak bank. Selain itu, kita turut menyita 11 motosikal menerusi operasi di kedua-dua lokasi,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di sini malam tadi, lapor Kosmo.

Operasi yang bermula pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam itu turut disertai beberapa agensi lain antaranya Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bot nelayan cuba seludup 42 warga Indonesia ‘kosong’ ditahan

SEBUAH bot nelayan asing cuba menyeludup keluar 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan