25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Tumpahan minyak, pantai Thailand diisytihar kawasan bencana

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PANTAI di Teluk Siam diisytiharkan sebagai kawasan bencana setelah berlakunya kebocoran saluran paip dasar laut yang mengakibatkan tumpahan minyak secara besar-besaran, lapor portal berita Wion News kelmarin.

Memetik laporan Agensi, tentera laut kini bekerjasama dengan syarikat Star Petroleum Refining Public Company Limited (SPRC) untuk mengatasi kebocoran yang berlaku dengan tumpahan minyak dikatakan masih mencemari pesisir pantai itu.

“Kebocoran pada paip milik SPRC yang berlaku kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) pada Selasa minggu lalu itu akhirnya dapat dikawal, namun dianggarkan sehingga 50,000 liter minyak tumpah ke dalam laut.

“Pihak kami dan syarikat tersebut masih berusaha untuk mengurangkan kesan kebocoran dengan menyedut minyak yang tertumpah serta menyembur cecair dispersan,’’ jelas timbalan komander Tentera Laut, Laksamana Muda Artorn Charapinyo.

Sementara itu, menurut laporan agensi berita Reuters, kira-kira 150 pekerja SPRC dan 200 anggota tentera laut dikerahkan ke wilayah berkenaan untuk membersihkan pantainya.

Baca juga:   3 roket Katyusha bedil pengkalan udara Iraq

Sebanyak 12 kapal tentera laut serta tiga kapal awam turut dilaporkan terlibat.

Kejadian serupa pernah berlaku di pantai selatan California yang disifatkan sebagai ‘malapetaka alam sekitar’ oleh Datuk Bandar Huntington Beach.

Tumpahan yang berlaku menyebabkan ikan-ikan mati dan bangkai burung bertaburan di atas pasir pantai yang dikotori minyak.

Sebanyak 572,807.34 liter minyak mentah tumpah dan telah merebak di kawasan berukuran sehingga 33.4 kilometer persegi di lautan Pasifik.

Baca juga:   Labuan sifar kes, Sarawak kembali catat kes tertinggi

Bandar tepi pantai yang terletak kira-kira 64 kilometer ke selatan Los Angeles turut terkesan akibat tumpahan yang berlaku. – Agensi

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan