32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MAIS lancar K-Guam, khidmat guaman percuma secara ‘online’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) telah memperkenalkan perkhidmatan guaman atas talian yang diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Perkhidmatan dinamakan K-Guam itu memudahkan masyarakat mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah dengan lebih mudah dan pantas melalui platform atas talian.

MAIS berkata, K-Guam adalah perkhidmatan Bantuan Konsultasi Guaman secara percuma dengan memberikan khidmat perundangan sivil dan syariah yang dilaksanakan melalui platform atas talian

“Perundangan sivil merangkumi jenis kes melibatkan perkahwinan, penceraian dan Keluarga; hartanah dan conveyancing; buruh dan pekerjaan; wasiat dan probate serta pemulihan hutang dan jenayah.

“Manakala bagi perundangan syariah seperti perkahwinan, penceraian dan keluarga, hibah, wasiat dan pusaka serta wakaf dan jenayah,” kata MAIS dalam kenyataan hari ini.

MAIS berkata K-Guam adalah platform perkhidmatan atas talian perundangan yang pertamanya dengan kerjasama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Katanya, perkhidmatan K-Guam mensasarkan 240 permohonan bagi tahun 2022.

Perkhidmatan itu telah beroperasi sejak 29 Disember lalu dan sehingga kini sebanyak 18 permohonan yang telah diterima.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan K-GUAM, boleh dibuat menerusi link https://www.mais.gov.my/k-guam atau maklumat lanjut berhubung perkhidmatan K-GUAM, boleh didapati di laman web MAIS di www.mais.gov.my. – Edisi 9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan