31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kes melonjak ke 15,000 jika tidak sekat perjalanan umrah

Kluster varian Omicron menular akibat kegagalan pengembara khususnya jemaah umrah mematuhi SOP kuarantin di rumah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menjangkakan kes COVID-19 kembali melonjak sehingga 15,000 jika tiada tindakan menangguh sementara perjalanan ibadah umrah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, atas sebab itulah pihaknya mengambil keputusan tersebut sebagai langkah pencegahan berlakunya peningkatan kes positif, khususnya varian Omicron.

Beliau berkata, pada masa yang sama penangguhan sementara itu akan memberi ruang kepada KKM memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) perjalanan umrah.

“Saya nak beritahu di Arab Saudi, hanya yang positif COVID-19 dalam ujian prapelepasan tidak akan dibenarkan balik, manakala kontak rapat dibenarkan naik pesawat,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, terdapat beberapa kluster varian Omicron yang menular adalah akibat kegagalan pengembara khususnya jemaah umrah mematuhi SOP kuarantin di kediaman masing-masing.

Katanya, ini termasuklah Kluster Keratong 5, yang melibatkan dua kes indeks yang balik dari Arab Saudi mencetuskan penularan kepada tiga generasi.

“Contoh kluster yang telah merebak di Rompin, Pahang. Kes ini dua kes import, yang kembali dari Arab Saudi.

“Kluster ini telah menyebabkan 28 kes positif sehingga menular tiga generasi, jangkitan pertama kontak keluarga di Rompin, generasi kedua 15 orang lagi sampai ke Mersing dan generasi ketiga tujuh orang juga di Mersing.

“Ini adalah contoh bagaimana mereka yang kembali kuarantin di rumah menyebabkan jangkitan berlaku kepada kontak keluarga dan tular ke generasi ketiga.

“Inilah sebab kita hentikan kuarantin rumah bagi jemaah umrah sebagai langkah pencegahan kita telah membuat keputusan supaya mereka menjalani kuarantin di pusat kuarantin swasta atau kerajaan bermula 8 Januari,” katanya.

Felda Keratong 5 dalam Daerah Rompin, Pahang, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) buat kali kedua bermula hari ini. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan