28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KKM akan memperkemas SOP perjalanan umrah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan akan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) bagi jemaah yang mahu melakukan perjalanan umrah ke Arab Saudi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini termasuk mewajibkan pengambilan dos penggalak sebagai syarat untuk menunaikan umrah selain memperkukuh tanggungjawab agensi berkaitan dengan melapor kes-kes positif dan kontak rapat kepada pihak kementerian.

“Beri peluang untuk kita perketatkan lagi SOP jemaah dari Malaysia, menerusi perbincangan dengan Arab Saudi, agensi pelancongan dan kementerian berkaitan.

“Supaya apabila buka semula nanti (perjalanan umrah) akan lebih selamat, tetapi bukan sekarang dan tidak terlalu banyak kes jangkitan COVID-19 terutama varian Omicron,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

Sebelum ini Khairy mengumumkan penangguhan menangguhkan sementara perjalanan umrah bagi tempoh sebulan berkuat kuasa 8 Januari ini.

Katanya, keputusan itu diambil bagi membolehkan proses penilaian risiko dan penelitian dibuat terhadap beberapa perkara, khususnya membabitkan SOP.

Advertisements

Khairy berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Arab Saudi dan Konsulat Malaysia di negara itu sebelum perjalanan umrah kembali dibenarkan.

Sementara itu, Khairy berkata, beliau bimbang dengan laporan menyatakan 14 peratus daripada 122 jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak menerima sebarang vaksinasi.

Katanya, beliau akan menyiasat bagaimana kebenaran boleh diberikan kepada mereka untuk mengerjakan umrah dalam keadaan mereka tidak divaksinasi.

“Berdasarkan siasatan awal KKM, kita dapati 122 jemaah umrah dijangkiti varian Omicron, 14 peratus daripadanya tiada vaksin, di sini ada ketidakpatuhan, hanya mereka yang divaksin sepatutnya dibenar menjalani ibadah umrah.

“Perkara ini akan kita bincang dengan pihak berkepentingan termasuk agensi pelancongan berhubung kepatuhan dan syarat yang telah ditetapkan,”k atanya.

Dalam masa yang sama, Khairy turut berkata, semakan akan dibuat sama ada 14 peratus yang tidak divaksin itu mempunyai masalah kesihatan ataupun mempunyai alasan lain.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan