27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

4 PPV Integrasi pemberian vaksin dos penggalak akan dibuka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan membuka empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi dengan kapasiti yang lebih besar bermula 15 Januari ini bagi meningkatkan kapasiti pemberian vaksin dos penggalak terutama di Lembah Klang.

Menteri Kesihata, Khairy Jamaluddin berkata, empat PPV itu masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur; Axiata Arena, Bukit Jalil; IDCC Shah Alam dan Dewan Soka Gakkai, Klang.

“Kita akan memberikan janji temu. Ini bagi meningkatkan kapasiti pemberian vaksinasi dos penggalak di Lembah Klang, Januari ini.

“Empat PPV integrasi dengan kapasiti yang lebih besar telah dikenal pasti.

“Kita akan melihat pada keperluan di bandar-bandar besar yang lain, kalau ada keperluan kita juga akan buka PPV integrasi di bandar-bandar besar,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, semua janji temu akan dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bagaimanapun, beliaua berkata, individu boleh menghubungi klinik swasta persendirian yang disenaraikan dalam laman sesawang ProtectHealth untuk mendapatkan senarai menunggu klinik berkenaan.

“Ramai yang menghubungi general practitioner (klinik persendirian), mereka boleh mendapat janji temu melalui kaedah tersebut,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 30 peratus daripada golongan dewasa telah menerima dos penggalak.

Bagi warga emas pula, katanya, sebanyak 52 peratus telah menerimanya dan merupakan satu pencapaian yang baik.

“Jadi kepada mereka yang menerima janji temu segera mendapatkan vaksinasi dos penggalak mereka,” katanya.

Ujar Khairy, berdasarkan kajian dibuat oleh Institut Kesihatan Negara menunjukkan kadar jangkitan kepada mereka yang menerima dos penggalak adalah sangat rendah berbanding mereka yang tidak mendapatkannya.- Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan