34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu banjir 20 Januari ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Khas Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara berkaitan bencana banjir yang melanda negara akan diadakan pada 20 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan berkenaan akan merangkumi isu banjir termasuk bantuan serta persediaan pascabanjir.

“Mesyuarat Khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pascabanjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

“Mesyuarat Khas ini penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan Mesyuarat Khas tersebut telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tambah Perdana Menteri, mesyuarat tersebut juga bertujuan untuk memberikan platform terbaik kepada ahli-ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir.

Pada 24 Disember lalu, ahli Parlimen pembangkang menggesa agar satu sidang khas Parlimen diadakan khusus untuk membahaskan isu banjir dan kesiapsiagaan jentera kerajaan demi ahli Keluarga Malaysia yang terkesan.

Gesaan untuk mengadakan sidang Parlimen itu adalah berdasarkan pemerhatian ramai rakyat Malaysia khususnya di kebanyakan negeri yang sangat terkesan akibat banjir, kehilangan harta benda, malah juga orang tersayang.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan