26.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Ismail Sabri enggan layan spekulasi rombakan Kabinet

Tumpu usaha tangani bencana banjir, pascabencana dan membendung penularan wabak COVID-19

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan melayan spekulasi berhubung rombakan Kabinet yang didakwa akan dilakukan beliau dalam tempoh terdekat.

Sebaliknya, menurut Perdana Menteri, tumpuannya kini terhadap usaha menangani banjir dan pascabencana selain membendung penularan wabak COVID-19.

“Belum tiba masanya lagi (rombakan Kabinet). Biarlah spekulasi itu menjadi spekulasi. Macam-macam nama timbul sekarang (berkaitan spekulasi), namun tumpuan saya kini hendak membantu rakyat yang terkesan dengan banjir dan COVID-19.

“Malah, mesyuarat Kabinet esok akan menumpukan agenda menangani banjir dan usaha mengekang COVID,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa, Durian Tunggal, Melaka hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sejak beberapa hari lalu, timbul spekulasi tentang rombakan Kabinet melibatkan tiga menteri yang didakwa bakal digugurkan.

Baca juga:   Ismail Sabri senaraikan sebab beliau lebih layak jadi PM

Tiga nama yang dikaitkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau berpuas hati dengan pengoperasian di empat PPS yang dilawati hari ini iaitu masing-masing dua di Johor dan dua lagi di Melaka.

Di Johor beliau telah meninjau PPS di Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap, Segamat dan Sekolah Agama Bandar Tangkak di Tangkak manakala di Melaka melibatkan Sekolah Kebangsaan Gangsa, Durian Tunggal dan Sekolah Menengah Seri Pengkalan di Alor Gajah.

Baca juga:   Laung 'bubar Parlimen!' biadab, tak kena tempat

“Proses agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) juga berjalan dengan pantas. Setakat ini, lebih 70 peratus ketua isi rumah telah menerima bantuan RM1,000.

“Dijangka akhir minggu ini, agihan BWI kepada seluruh Keluarga Malaysia yang terjejas banjir akan selesai,” katanya meneruis Facebooknya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri meminta mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS, tetapi berpindah ke rumah saudara mara, kawan-kawan dan lain-lain agar mendaftar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau pegawai daerah, supaya bantuan segera dapat disalurkan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan kita yang telah menjalankan tugas dengan baik.

Baca juga:   Saya tekad berikan terbaik, bermula di Putrajaya - Radzi Jidin

“Saya mendoakan seluruh Keluarga Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT daripada segala bencana,” katanya.

Wartawan

Terkini

Harap hubungan Malaysia-Brunei terus diperkukuh – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei terus diperkukuh susulan Lawatan...

Lagi Artikel Berkaitan