28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

SWCorp lupus lebih 10 tan al-Quran rosak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 10 tan al-Quran yang rosak akibat banjir telah dilupuskan hasil pengumpulan yang dibuat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sejak 27 Disember tahun lalu sehingga semalam.

Pengerusinya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, usaha pengumpulan itu hasil kerjasama SWCorp Wilayah Persekutuan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Beliau berkata, usaha berkenaan adalah amat baik bagi menjaga kesucian ayat al-Quran.

“Mana-mana pihak tanpa mengira agama yang menemukan al-Quran dan dokumen yang telah dihanyutkan banjir wajar menyerahkannya kepada masjid dan surau yang terdekat.

“Masjid dan surau di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor boleh menghubungi SWCorp Wilayah Persekutuan untuk diuruskan pengambilan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, sejak 27 Disember tahun lalu, SWCorp Wilayah Persekutuan membantu mengutip dan menghantar sebanyak 5,631 kilogram al-Quran dan dokumen yang rosak akibat banjir untuk pelupusan.

Rizalman berkata, selain itu, sebanyak 4,653.6 kilogram al-Quran pula dihantar terus ke Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur.

Menurutnya, usaha pengumpulan ini akan diteruskan pihaknya sehingga 31 Januari ini.

“Mana-mana pihak yang memerlukan bantuan SWCorp Wilayah Persekutuan bolehlah menghubungi beberapa wakil kami, Muhammad Fahmi (012-374 5935), Azlan (019-842 5442) dan Ummi Kalthum Shuib (019-4460300),” katanya.

Sementara itu, Jawi menerusi kenyataan berkata, selain Lembah Kelang, pihaknya menerusi Sukarelawan Masjid Wilayah Persekutuan turut membantu mengumpulkan al-Quran rosak akibat banjir di sekitar Mentakab, Pahang.

“Al-Quran yang rosak itu turut dibawa ke Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur untuk dilupuskan,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan