24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Isu peranti pengesanan digital tertanggal, selesai – QuickMed

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERANTI pengesanan digital ataupun e-Bracelet yang terjejas apabila tertanggal dalam tempoh 24 jam pemasangannya terhadap seorang individu baru-baru ini telah beroperasi semula seperti biasa.

Memetik laporan Bernama, QuickMed dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, mereka menghantar juruteknik ke alamat kuarantin individu berkenaan bagi menyelesaikan segera isu berkenaan selain kesal dengan insiden tersebut.

“Kami (QuickMed) telah menghantar dua juruteknik ke alamat kuarantin individu terlibat. Sukacita kami maklumkan bahawa e-Bracelet yang terjejas kini beroperasi semula seperti biasa,” katanya.

Semalam, portal tempatan melaporkan seorang selebriti lelaki menerusi video yang dimuat naik di laman sosial beliau mempersoalkan kualiti peranti pengesan digital walaupun baru sahaja memakainya untuk tempoh kurang dari 24 jam.

Sementara itu, QuickMed memaklumkan Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) dilengkapi teknologi Global Positioning System (GPS) digunakan untuk pemantauan secara real-time terhadap individu yang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin di rumah seperti dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Advertisements

Menurut QuickMed, sejak HQMS digunakan bermula 8 Dis lepas, hanya 25 insiden memerlukan bantuan lanjut dengan pembetulan segera telah dilaksanakan oleh pasukan teknikal mereka.

“Justeru, QuickMed memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pasukan operasi mereka bersedia membantu sekiranya isu sedemikian berulang.

“Pengguna yang dilengkapi dengan e-Bracelet boleh menghubungi 03-3000 8856 atau e-mel [email protected] sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah,”katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.quickmed.care.QuickMed adalah penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn Bhd iaitu anak syarikat UEM Edgenta Berhad di bawah bahagian Healthcare Solutions yang dilantik untuk memasang Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) kepada pengembara tiba dari negara berisiko tinggi dan juga kes positif yang telah dinilai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan