24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula Khamis ini hingga 19 Januari depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

“Tiada pelanjutan atau penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara pada Selasa,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin menasihatkan kepada penduduk yang terlibat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD kawasan berkenaan dan bagi penduduk yang tinggal berhampiran hendaklah menangguhkan sebarang urusan di kawasan yang dikenakan PKPD.

Untuk rekod, kali terakhir PKPD diumumkan adalah membabitkan Felda Jengka 25, Temerloh di Pahang mulai 28 Disember hingga 10 Januari depan.

Sementara itu, kes harian hari ini berada di bawah angka 3,000 dengan 2,842 kes, setelah empat hari berturut-turut melebihi paras berkenaan menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 sebanyak 2,769,886 kes.

Advertisements

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Sementara itu, dalam hantaran terdahulu, Noor Hisham berkongsikan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada semalam untuk seluruh negara adalah 0.99.

Johor dan Kelantan mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu masing-masing 1.0.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan