24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang terus menurun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEADAAN banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu mencatatkan penurunan.

Di JOHOR, jumlah mangsa yang ditempatkan di 40 PPS telah berkurang kepada 3,161 orang daripada 913 keluarga sehingga pukul 8 pagi ini berbanding 3,401 orang daripada 969 keluarga 12 jam lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, keadaan di Segamat semakin pulih apabila kini seramai 1,246 orang daripada 336 keluarga ditempatkan di 19 PPS berbanding 1,448 mangsa daripada 383 keluarga di 22 PPS, malam tadi.

“Dua daerah yang turut mencatatkan penurunan adalah Tangkak iaitu 678 orang daripada 206 keluarga di sembilan PPS berbanding 682 orang daripada 207 keluarga di sembilan PPS, malam tadi.

“Muar juga turut berkurangan kepada 1,107 mangsa daripada 337 keluarga di 10 PPS pagi ini, berbanding 1,141 mangsa daripada 345 keluarga malam tadi.

“Bagaimanapun, Batu Pahat masih kekal dengan jumlah 130 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di dua PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, sehingga kini, tiga PPS yang ditutup meliputi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Mensudut Lama, Surau Al Muhtadeen dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Besar kesemuanya di Segamat.

Sementara itu di PAHANG, seramai 141 mangsa banjir daripada 34 keluarga masih berada di empat PPS di negeri itu, sehingga pagi ini.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir di daerah Pekan, Rompin dan Maran.

Daripada jumlah itu, 66 orang di Pekan, diikuti Rompin (40 orang) dan Maran pula seramai 35 orang.

Bagaimanapun, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 292 mangsa banjir daripada 85 keluarga di lapan PPS, semalam.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan