24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Apabila ledakan maklumat semakin tidak terkawal…

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PENULIS tertarik dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menegur sesetengah pihak yang menggunakan media sosial sebagai gelanggang ‘mahkamah‘ dengan menjatuhkan hukuman kepada seseorang yang mereka mahukan.

Begitu juga dengan tindakan beberapa individu yang sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah sebenar, menjadikan media sosial untuk mengemukakan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah.

Benar, sejak perkembangan media sosial beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat kita semakin gila dengan menggunakan pengaruh media tersebut sebagai tempat untuk mereka menjatuhkan ‘hukuman’ terhadap seseorang mereka tidak sukai kerana tidak seiring dengan kehendak mereka.

Sebagai contoh dalam isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Kalau mengikuti komen-komen menerusi media sosial, beliau sudahpun dihukum sebagai ‘bersalah’ dan perlu menerima hukuman dipecat.

Bukankah lebih baik semua pihak perlu menunggu keputusan siasatan dan menyerahkan kepada mahkamah sebenar yang memutuskan kedudukannya, sama ada benar-benar melakukan salah laku atau sebaliknya sepertimana dinasihati oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob?

Begitu juga dalam isu ‘banjir balak’ di negeri Pahang tempoh hari, orang ramai begitu pantas menghukum bahawa ini hasil kerja orang istana. Maka meriahlah media-media sosial dengan pelbagai gelaran diberikan sehinggakan tanda pagar ‘house of balak’ begitu popular.

Walhal kita semua belum pasti punca sebenar kejadian ratusan tan kayu-kayu yang hanyut ketika banjir melanda daerah Bentong tempoh hari.

Malahan penjelasan oleh Jabatan Perhutanan Pahang bahawa kejadian tersebut angkara kepala air serta kenyataan pakar, Prof Emeritus Dr Ibrahim Komo bahawa ia akibat geologi berantai ditertawakan.

Sebabnya? Masyarakat hari ini mahu pandangan mereka sahaja yang diterima dan mana-mana maklumat yang tidak selari dengan apa yang difikirkan mereka betul walaupun belum pasti betul akan ditolak.

Sekarang ini media sosial menjatuhkan hukuman pula terhadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, gaera-gara gesaan agar rakyat Malaysia mengambil vaksinasi ketiga dan mungkin keempat.

Pelbagai gelaran diberikan kepada kedua-dua individu yang sebelum ini dijulang sebagai ‘hero’ kerana bertindak bijak — sebab seiring dengan kehendak mereka — dalam menangani COVID-19.

Advertisements

Tetapi apabila ada keputusan yang bertentangan dengan mereka, maka segala gelaran ‘hero’ sebelum ini sudah dicampak ke laut, dan mula menggelar mereka dengan pelbagai cercaan.

Sebetulnya, masyarakat serba pandai ini bukan sahaja berlaku dalam soal politik dan kesihatan malahan dalam segala hal. Baru membaca beberapa tulisan yang dikongsi menerusi media sosial, mereka seolah-olah merasakan sudah pandai segala-galanya.

Penulis teringat dengan kata-kata seorang doktor perubatan yang dikenali. Katanya, tugas beliau sebagai doktor semakin sukar kerana pesakit pada hari ini jauh lebih pandai daripadanya.

Malah ada kalanya pesakit enggan mendengar nasihat doktor kerana sudah ‘tahu penyakitnya’ dan bagaimana untuk merawatnya, hasil pembacaan dalam Google atau YouTube serta perkongsian dalam media sosial.

“Habis, kalau sudah tau macam mana nak rawat sendiri penyakit buat apa datang jumpa doktor?”

Itu belum lagi menyentuh soal segala hukum-hakam yang dikeluarkan masyarakat kita hanya berdasarkan perkongsian hadis-hadis, petikan ulama sana sini yang entah dari mana sumber yang kemudian disebar, dikongsi dan diamalkan. Bukankah itu berbahaya?

Penulis percaya situasi seperti ini berlaku angkara ledakan maklumat yang tidak terkawal, apatah lagi dengan perkembangan media sosial dan telekomunikasi hari ini.

Kita tidak boleh menyalahkan teknologi. Segalanya bergantung kepada akal budi, otak pemikiran kita yang menerima maklumat.

Allah Maha Mengetahui dan kerana itulah juga Allah menurunkan ayat dalam surah Al-Hujurat, ayat 6 hingga 8 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”

Ayat yang diturunkan Allah ribuan tahun dahulu, tetapi masih relevan sehingga ke hari ini namun kita amat jarang mengamalkannya. Subhanallah!

Lastik – Tak pasti tak kongsi!

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan