25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banjir puing kayu bukan kerana pembalakan – Pakar

Berlaku gelinciran tanah di kawasan cerun gunung atau bukit, diikuti aliran puing, banjir puing dan berakhir dengan banjir lumpur

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

BANJIR puing-puing kayu bersama lumpur yang berlaku di Karak, Bentong, Pahang minggu lalu bukan disebabkan oleh aktiviti pembalakan tetapi kerana proses geologi berantai, kata pakar geologi.

Ketua Kluster Sumber Semula Jadi dan Alam Sekitar, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, ia bermula dengan gelinciran tanah di kawasan cerun gunung atau bukit, diikuti dengan aliran puing, banjir puing dan berakhir dengan banjir lumpur.

Menurut beliau, dakwaan bahawa kayu-kayan yang hanyut dibawa banjir itu berpunca kawasan pembalakan atau pembersihan hutan adalah tidak tepat.

“Cuba perhatikan kayu-kayan itu semuanya bersama-sama dengan akar, dan dahan dan batangnya seperti dipatahkan. Ini adalah pokok yang runtuh bersama tanah (lumpur) dan batuan semasa gelinciran tanah.

“Saya anggarkan sekurang-kurang terdapat 200 tanah di setiap sebuah lembangan. Jika setiap gelinciran tanah mempunyai luas permukaan 2,500 meter persegi, jumlah keluasan permukaan tanah yang runtuh ialah 500,000 meter persegi.

IBRAHIM KOMOO

“Bayangkan jumlah kayu-kayan yang runtuh dan dibawa oleh air banjir. Jika tebal tanah yang runtuh itu 2 meter, bererti lumpur yang dibawa oleh air mencapai 1 juta meter padu. Inilah bahan puing yang anda lihat bertimbun di pesisir sungai dan di kawasan damparan,” katanya menerusi Facebooknya, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan belaku banjir lumpur bersama ribuan batang kayu hanyut dibawa banjir sehingga ke pekan Karak, Bentong, Pahang baru-baru ini.

Advertisements

Ekoran itu pelbagai pihak menggesa kerajaan mengadakan siasatan bebas serta mengambil tindakan segera terhadap mereka yang mungkin bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

Ibrahim yang juga Naib Pengerusi UNESCO Global Geopark berkata, hasil dapatannya itu berdasarkan tinjauan yang dibuat beliau sendiri di beberapa batang sungai di daerah itu.

Katanya, antara sungai yang ditelusuri ialah Sungai Benus, Sungai Bentung, Sungai Telemung dan Sungai Kerau selain Sungai Pencala, Sungai Lui di Selangor sebelum ini.

“Di bahagian hulu sungai, di kawasan cerun pergunungan atau perbukitan berlaku tanah runtuh dan aliran puing yang berleluasa. Ratusan gelinciran tanah membawa turun batu-batan, tanah dan lodak (lumpur) dan pokok yang berada di atas tanah tergelincir itu.

Runtuhan tanah yang berlaku di lereng pergunungan yang menjadi sebahagian daripada proses geologi berantai. – Sumber: Ibrahim Komoo

“Semua bahan runtuhan ini dikenali puing atau debris. Bahan puing yang jatuh ke dalam alur sungai, diangkut oleh alur sungai dan mengalir pantas di lembah dataran tinggi (contoh Lembah Sungai Lui).

“Puing bercampur dengan air yang terlalu banyak menyebabkan banjir puing. Banjir puing mempunyai kuasa pemusnah tinggi. Kemusnahan rumah dan prasarana berkait rapat dengan rempuhan puing, terutamanya kayu-kayan,” katanya.

Ibrahim berkata, maklumat begini penting untuk mengenali dan mengetahui perkara sebenar yang berlaku dan cara terbaik mengurangkan risiko bencana. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan