25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Amaran cuaca waspada, buruk dan bahaya seluruh negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengekalkan amaran cuaca waspada, buruk serta bahaya hampir di seluruh negeri hari ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di laman YouTube berkata, amaran cuaca bahaya di keluarkan di kebanyakan kawasan di negeri Terengganu, Johor dan Pahang.

“Amaran cuaca buruk pula dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala amaran peringkat waspada melibatkan kawasan di Perak dan Kedah.

“Di Sabah, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan melibatkan Kudat dan Sandakan manakala di Sarawak membabitkan Kapit, Sibu, Sarikei dan persisiran Mukah,” katanya.

Bagaimanapun, menjelang petang nanti, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat serta ribut petir berpotensi untuk berlaku di seluruh Semenanjung kecuali Perlis.

Katanya, ketika ini rantau negara masih menerima luruan angin Timur Laut dengan kelajuan yang agak kencang melebihi 60 kilometer sejam dan ketinggian ombak boleh mencapai 4.5 meter.

Baca juga:   Sikap toleransi dapat elak perbalahan merugikan - PM

Oleh itu, MetMalaysia juga mengekalkan amaran peringkat bahaya bagi keadaan laut bergeloran dan angin kencang di kawasan Condore, Reef North dan Palawan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya elakkan aktiviti luar dan letak barang berharga di tempat yang selamat serta sentiasa peka dengan keadaan cuaca,” ujarnya.-Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan