32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 20, 2022

Gagal di AFF 2020, Cheng Hoe ucap selamat tinggal

Mesti Baca

TAN Cheng Hoe hari ini melepaskan jawatannya sebagai pengendali skuad kebangsaan susulan kegagalan pasukannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura baru-baru ini.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan FAM dan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menerima keputusan tersebut.

“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam aksi di Singapura itu, skuad Harimau Malaya sekadar menduduki tempat ketiga kumpulan B dengan melakar dua kemenangan dan dua kekalahan, mengutip enam mata.

Walaupun berjaya menundukkan Kemboja 3-0 dan Laos 4-0 namun Malaysia gagal menyaingi Vietnam dan Indonesia apabila tewas 0-3 dan 1-4 di peringkat kumpulan.

Dalam kejohanan tersebut Thailand muncul juara buat kali keenam selepas menjinakkan Indonesia dengan agregat 6-2.

Saifuddin berkata, Cheng Hoe telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2009.

Beliau kemudian dilantik sebagai penolong jurulatih kebangsaan pada 2009 hingga 2013 dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada selama tujuh bulan sebelum mengambil alih jawatan itu pada Disember 2017.

Baca juga:   Selamat kembali ke Old Trafford, Ronaldo!
Baca juga:   Pas sedia pecat pemimpin buat maksiat, langgar moral

Antara kejayaan yang diraih beliau ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.

“Jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang. Terima kasih. Selamat maju jaya juga kepada Cheng Hoe dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Tiga kelemahan pengurusan bencana negara dikenal pasti – PM

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakon berkata, kerajaan telah mengenal pasti tiga kelemahan ketara dalam pengurusan bencana hasil kejadian banjir...

Lagi Artikel Berkaitan