28.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Usahawan MEDAC terjejas banjir diberi moratorium – Noh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAHAWAN mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang terjejas akibat banjir akan diberikan moratorium bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, dengan inisiatif itu diharap para usahawan berkenaan dapat kembali beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata, inisiatif itu membabitkan agensi-agensi di bawah MEDAC iaitu Bank Rakyat, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SME Bank dan SME Corp.

Katanya, Bank Rakyat memberi penangguhan selama enam bulan kepada peminjam yang terkesan dengan banjir.

“Ia membabitkan mereka yang meminjam dengan Bank Rakyat melalui Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i.

“Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) juga memberi moratorium selama enam bulan, bergantung pada tahap kesan banjir dihadapi usahawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Guru-guru kerah kudrat, tenaga bantu mangsa banjir

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam perutusan tahun baharu 2022 berkata, kerajaan prihatin dengan masalah dihadapi usahawan PMKS dan mahu ia dipulihkan segera.

Mengulas lanjut, Noh berkata, SME Bank memberi pengecualian sewaan selama dua bulan kepada penyewa di kompleks perniagaan usahawan institusi itu yang terjejas banjir.

Beliau berkata, SME Bank turut menawarkan penjadualan semula kepada semua usahawan terkesan dengan banjir dan menawarkan Dana Pemulihan Bencana dengan jumlah pembiayaan sehingga RM500,000 dengan enam bulan moratorium.

Baca juga:   KIP Mall mula beroperasi di Desa Coalfields

“Selain itu, SME Corp menawarkan tiga pakej pembiayaan iaitu Pembiayaan Pembaharuan PKS (SMERF), Pinjaman Mudah untuk PKS (SLSME) dan Dana Kecemasan PKS (SMEEF) kepada semua PKS yang terjejas banjir.

“Pakej ini membabitkan semua sektor ekonomi dan layak untuk membeli peralatan, baik pulih premis perniagaan dan dana modal permulaan perniagaan, dengan moratorium pembayaran balik sehingga enam bulan.

“Peserta tiga program sedia ada ini juga akan diberikan moratorium selama enam bulan sehingga Jun 2022.

“Kerajaan komited dalam memastikan bantuan disediakan bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan