Monday, June 15, 2026

PUNB tawar moratorium kepada usahawan terjejas banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERBADANAN Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan moratorium ke atas usahawan dengan prinsipal dan keuntungan sehingga enam bulan bermula 1 Januari ini.

Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kewangan ditanggung Rakan Usahawan yang terjejas akibat banjir.

Menurutnya, PUNB sentiasa fokus membantu semua Rakan Usahawan yang terjejas.

“Kami berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan sebarang kesulitan kewangan yang dihadapi dalam waktu mencabar ini.

“Sebanyak 53 syarikat Rakan Usahawan PUNB dilaporkan terjejas akibat banjir dengan kerugian dianggarkan hampir M10.5 juta.

“Rakan Usahawan PUNB yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan komitmen pembayaran pembiayaan boleh memohon moratorium tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebarang pertanyaan mengenai PUNB, boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300 13 7862 atau e-mel ke [email protected]. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan